NOTA TULIS BERITA

Nota ini disediakan bagi memenuhi salah satu 
slot Kursus Kewartawanan Foto Untuk Pegawai 
PKG/BTPN Kedah yang diadakan di Hotel Seri 
Malaysia, Sungai Petani pada 27 hingga 30 Mei 2013.


PENULISAN BERITA
  1. Karangan jenis berita merupakan karangan berformat.
  2. Karangan ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada pembaca.


  3. Untuk menulis karangan jenis berita yang baik, anda harus memikirkan lima persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.


  4. Susunlah isi berita dengan baik. Isi yang utama perlulah didahulukan manakala isi yang kurang penting dikemudiankan.


  5. Sertakanlah huraian dan contoh-contoh agar berita yang ditulis lebih terperinci dan diyakini.


  6. Sedutan ucapan atau pendapat seseorang bolehlah dimasukkan.


  7. Gunakanlah bahasa yang ringkas tetapi padat dan tepat supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.


  8. Oleh sebab karangan jenis berita mempunyai format yang khusus, patuhilah format tersebut.
BERITA

Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.


 • Dahulukan Isi berita yang paling penting, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu

Apa

Siapa
Bila
Di mana
Mengapa
Bagaimana

1.  Apa ?
- Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
- Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

2.  Bila ?
- Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
- Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
- Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

3. Di mana ?
- Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
- Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

4.  Siapa ?
- Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
- Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
- Adakalanya umur juga perlu ditulis .

5.  Mengapa ?
- mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
- sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

6.  Bagaimana?
- menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.




PERKARA-PERKARA YANG PENTING DALAM PENULISAN

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam penulisan adalah seperti berikut:
a.    JALAN CERITA – Pastikan jalan cerita mempunyai klimaks, mempunyai permulaan yang tidak membosankan, dan pengakhiran yang baik. Pastikan juga cerita bersesuaian untuk golongan yang ditetapkan. Jalan cerita tersebut mestilah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dunia. (Tiada unsur seperti menghina kaum lain ataupun agama lain kerana pembaca terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama)

b.    LOGIK DAN KONSISTEN – Cerita perlu mempunyai logik yang betul. Pastikan masa dan persekitaran cerita adalah betul. Watak dan perwatakan perlulah konsisten dalam cerita. Penulis perlu ingat bahawa pembaca terdiri daripada pelbagai golongan.

c.    FAKTA – Pastikan fakta adalah tepat. Lakukan kajian untuk memastikan fakta yang betul. Jangan hentam sembarangan kerana ini akan menjejaskan kualiti anda sebagai penulis.
                       
d.    STRUKTUR AYAT – Sesuatu ayat itu perlulah dipastikan agar ia sedap dibaca, tidak semestinya berbunga-bunga. Kadangkala yang pendek dan ringkas itu yang lebih sedap dibaca.

e.    FORMAT – Penulis perlu tahu tempat untuk menandakan koma, noktah, tanda seru, tanda soal, pembuka dan penutup kata, dan sebagainya. Penulis juga perlu tahu bila italic diperlukan (biasanya bahasa asing selain bahasa Melayu perlu italic). Selain itu, penulis juga perlulah teliti dalam penulisan. Jangan menulis secara cincai kerana ini akan membuatkan kualiti manuskrip kelihatan rendah.

f.     EJAAN – Pastikan ejaan disemak berulang-kali. Ini adalah untuk memastikan kualiti buku yang baik dan seboleh-bolehnya buku yang dicetak adalah 'sifar kesilapan ejaan'. Sebaik-baiknya, rujuklah kamus sentiasa.


PANDUAN PENTING                       
           Format manuskrip
·         Pastikan penulis menulis mengikut format yang ditetapkan: Times New Roman, Font Saiz 12, Spacing 1.5
·         Penulis perlu memastikan bahawa setiap permulaan paragraf baru, perlulah di'indent'  sekali dengan menekan kekunci 'tab'. Jangan gunakan kekunci 'space' banyak kali untuk 'indention'.
·         Pastikan terdapat hanya satu ruang (space) antara setiap patah perkataan. Jangan salahkan komputer anda kerana kesilapan yang berlaku adalah daripada anda sendiri (typo-error)
·         Pastikan tiada ruangan ekstra antara satu paragraf dengan paragraf lain. Maknanya, tekan kekunci 'enter' hanya sekali sahaja kemudian mulakan paragraf yang baru.

             Dialog
·         Pastikan dialog antara watak-watak ditulis dalam paragraf yang berlainan. Contohnya, watak A (Nazam)  bercakap dengan watak B (Budin). Dialog perlulah dalam paragraf yang berlainan.

             Contoh dialog:
            "Hai... siapa nama awak?" Nazam bertanya kepada pelajar baru itu. "Hai...   
           nama saya Budin. Awak pula?" Pelajar baru itu tersenyum. - salah

            "Hai... siapa nama awak?" Nazam bertanya kepada pelajar baru itu.
            "Hai... nama saya Budin. Awak pula?" Pelajar baru itu tersenyum. betul


·         Sekiranya watak yang sama bercakap, pastikan ia berada dalam paragraf yang sama. Sekiranya watak yang sama bercakap tetapi berada dalam paragraf berlainan, pastikan terdapat ayat yang menyatakan bahawa watak yang sama masih bercakap. Contohnya, apabila watak A (Fatin) sedang bercakap.
           
            Contoh dialog:
            "Awak dah makan?"
            "Kenapa awak diam? Saya tanya ni, awak dah makan ke belum?" (SALAH)

            "Awak dah makan?"  tanya Fatin kepada Siti.
            "Kenapa awak diam? Saya tanya ni, awak dah makan ke belum?"  Fatin
           hairan dengan tingkah laku Siti yang tidak menjawab pertanyaannya. (BETUL)

            "Awak dah makan?"  tanya Anita kepada Lina. "Kenapa awak diam? Saya
           tanya ni, awak dah makan ke belum?" (BETUL)


                                    TANDA BACAAN
        Penggunaan (...)

        Hanya tiga titik sederet (...) boleh digunakan, tidak lebih daripada itu. Tiada  
        sambungan noktah, koma, tanda soal ataupun tanda seruan selepasnya.  
        Anggap  penggunaan (...)             sama seperti penggunaan (.) , (,) , (?) dan (!).

            Contoh:
            Begitulah kisahnya...... (SALAH)
            Begitulah kisahnya... (BETUL)

            “Saya baru hendak... ,” Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya.  (SALAH)
            “Saya baru hendak...” Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya.    (BETUL)

            “Be...be.....lum!” kata Ali dengan gugup. (SALAH)
            “Be... be... lum!” kata Ali dengan gugup. (BETUL)


·         Penggunaan tanda pembuka/penutup kata

Tanda "  " (double quotation) adalah untuk dialog.
           
Contoh:
            Saya hendak pergi ke sekolah, kata Rahmat.



Tanda ' ' (single quotation) adalah untuk monolog.

Contoh:
            Aku boleh melakukannya, detik hati Ali.


Peringatan: Pastikan tanda penutup kata berada di bahagian paling hujung. Kesilapan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

“Saya hendak pergi ke kedai”, kata Iman kepada ibunya. Salah
“Saya hendak pergi ke kedai,” kata Iman kepada ibunya. – Betul


4.                                    Penggunaan kata singkat

                Kata singkat boleh digunakan dalam dialog sahaja. Tidak dibenarkan  
                penggunaan kata singkat dalam naratif. Contoh-contoh kata singkat yang selalu   
                digunakan:

      ni = ini
      tu = itu
            aje = saja/sahaja
            nak = hendak /mahu
            tak = tidak
            tapi = tetapi
            dah = sudah

mai = mari
            kan (Dia baik, kan?) = (Dia baik, bukan?)
            ke? (Nak ke tak nak?) = (Hendak ataupun tidak?)
            ke? (Betul ke?) = (Betul, kah?)

5.                                     Penggunaan bahasa basahan / pasar

                 Bahasa basahan boleh digunakan di dalam dialog sahaja. Tidak dibenarkan  
                 penggunaan bahasa basahan dalam naratif. Contoh-contoh bahasa basahan 
                 yang selalu digunakan:
      pulak  =  pula  
      jugak  =  juga  

      kecik  =  kecil  
      sorang  =   seorang  
      kau orang =  kamu semua
      kita orang =  kami 

hang = kamu/awak  




Foto Kewartawanan  ialah bagaimana orang lain dapat menterjemah elemen-elemen yang dirakam pada kepingan foto yang dihasilkan tanpa perlu diperjelaskan dengan keterangan berita.
 Ciri-ciri foto kewartawanan:
1.Memiliki nilai berita atau menjadi berita itu sendiri.
2.Melengkapi suatu berita/artikel.
3.Dimuat dalam suatu media.


Sebuah foto dapat berdiri sendiri, tapi pemberitaan tanpa foto rasanya kurang lengkap,  kerana foto merupakan salah satu media visual untuk merakam/mengabadikan atau menceritakan suatu peristiwa. “Semua foto pada dasarnya adalah dokumentasi dan foto berita adalah sebahagian dari foto dokumentasi” . Perbezaan foto berita adalah terletak pada pilihan, membuat foto berita bererti memilih foto mana yang sesuai. ( contoh: di dalam peristiwa pernikahan). Dokumentasi bererti mengambil/merakam foto keseluruhan peristiwa dari mulai penerimaan tetamu sehingga selesai majlis. Tetapi seorang wartawan foto hanya mengambil gambar peristiwa yang menarik sahaja. 'Public figure' hal lain yang membezakan antara foto dokumentasi dengan foto berita hanya terbatas pada apakah foto itu diterbitkan atau sesuai diterbitkan di dalam media massa  atau tidak.


Nilai suatu foto ditentukan oleh beberapa unsur:

1. Kejelasan.
2. Berhubungan dengan berita.
3. Kejadian luar biasa.
4. Promosi.
5. Kepentingan.
6. Human Interest.
7. Universal.

Foto berita terbahagi kepada beberapa bahagian:

1. Spot news : Foto-foto insidential/ tanpa perencanaan. (cth: foto bencana, kerusuhan, dll).
2.General news : Foto yang terencana (cth : foto sukan dan olahraga).
3.Foto Feature : Foto untuk mendukung suatu artikel.
4.Esei Foto : Kumpulan beberapa foto yang dapat bercerita.


Foto yang bermutu/bernilai
Batasan bermutu/bernilai atau tidaknya sebuah foto kewartawanan bergantung pada kepekaan dan kesiapsiagaan serta kerja keras dan komitmen bukan pada keuntungan sahaja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada foto yang merupakan hasil dari “being in the right place at the right time” . Tetapi seorang wartawan profesional adalah seorang jurnalis yang melakukan kaji selidik terhadap subjek atau peristiwa yang akan dirakamkan terlebih dahulu dan  menetukan potensi peristiwa  dan gambaran foto yang akan dirakamkan. Ini sangat penting kerana 'moment' yang baik hanya berlaku dalam sekelip mata dan mustahil untuk diulang kembali.

Seorang jurnalis foto harus berkebolehan menggambarkan kejadian sebenar melalui hasil fotonya, Kesimpulannya foto yang dihasilkan harus boleh bercerita tanpa penjelasan orang lain dan tanpa memanipulasikan foto tersebut.


TUGASAN


Contoh penyediaan News Latter (Sila layari alamat ini)
atau melalui template yang disediakan di dalam Microsoft Publisher.





TUGASAN PENGAMBARAN LUAR
KURSUS KEWARTAWANAN FOTO
TUGASAN PADA 29 MEI 2013 (8.00 PAGI- 12.45 TENGAHARI)

PANDUAN:
1.       Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 4 peserta kursus        bergerak dengan satu kenderaan ke lokasi. (Berhati-hati semasa dalam perjalanan).
2.       Setiap kumpulan 4 orang diberikan salah satu tugas seperti senarai.
3.       Minta kebenaran dan keizinan penjaga / individu yang terlibat dan nyatakan tujuan jika perlu.
4.       Dapatkan gambar dan berita serta buat suntingan kedua-duanya setelah pulang.
5.       Bina satu flyers  setiap kumpulan dari gambar dan berita yang dirakamkan.
6.       Serahkan bahan siap dalam bentuk fail .psd dan .jpg kepada urusetia (pada 10.00 malam 29 Mei 2013) untuk penilaian dan bahan galeri dan papan info BTPN Kedah.

BIL

TUGASAN
LOKASI CADANGAN
CATATAN
1
Pengkisahan sebuah tempat menarik kunjungan ramai.
Muzium Bakau Semeling
Gambar lokasi dan kemudahan yang ada.
2
Promosi perniagaan
Kedai makan bumiputra
Gambar kedai, menu, hidangan dan pelanggan.
3
Resepi masakan
Sekitar Sungai Petani
Gambar bahan dan hidangan resepi tersebut.
4
Promosi individu –sukan, artis, model, chef, usahawan dan sebagainya.
Sekitar Sungai Petani
Gambar potret dan bidangnya.
5
Peranan sebuah jabatan kerajaan.
Mana-mana jabatan kerajaan berhampiran.
Gambar bangunan yang melambangkan jabatan.
6
Kemudahan pengangkutan awam di Sungai Petani (pilih salah satu yang ada).
Pusat Bandar Sungai Petani.
Gambar kemudahan awam seperti stesen bas, keretapi, teksi
7
Berita semasa / kejadian menarik hari ini.
Sekitar Sungai Petani
Gambar peristiwa
8
Pengkisahan arkeologi tinggalan sejarah (pilih salah satu yang ada).
Merbok, Semeling, Bujang (Makam Sultan Muzafar Shah) dan Pengkalan Bujang.
Gambar lokasi


TUGASAN PADA 30 MEI 2013
PEMBINAAN FLYERS PKG

PANDUAN:

1. Setiap PKG diminta menyediakan sekeping flyers mengenai PKG masing-masing dengan menggunakan gambar dan data-data yang dibawa (telah dimaklumkan lebih awal).

2. Ukuran flyers ialah A4. Gunakan huruf yang mudah dibaca dan jelas. Susunan grafik dan gambar hendaklah menarik dan jelas serta menepati maksud.

3. Setiap flyers sedapatnya mengandungi gambar PKG, kakitangan, nama atau gambar sekolah, data berkaitan sekolah dan guru serta projek khas atau pencapaian yang menarik/unik untuk dipaparkan serta hiasan grafik yang bersesuaian dan menarik perhatian pembaca.

4. Flyers yang telah siap hendaklah diserahkan kepada urusetia dalam bentuk fail .psd dan .jpg bagi tujuan penilaian, cetakan dan bahan galeri/papan info BTPN Kedah pada pukul 12.00 tengahari 30 Mei 2013 setelah selesai sesi pembentangan dan rumusan.

5. Setiap tugasan kumpulan dan individu adalah sangat penting dan dihargai. Oleh itu silalah serahkan mengikut jadual yang ditetapkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment