slot Kursus Kewartawanan Foto Untuk Pegawai
PKG/BTPN Kedah yang diadakan di Hotel Seri
Malaysia, Sungai Petani pada 27 hingga 30 Mei 2013.
PENULISAN BERITA
- Karangan jenis berita merupakan karangan berformat.
- Karangan ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan
maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada pembaca.
- Untuk menulis karangan jenis berita yang baik, anda
harus memikirkan lima persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, dan
mengapa.
- Susunlah isi berita dengan baik. Isi yang utama
perlulah didahulukan manakala isi yang kurang penting dikemudiankan.
- Sertakanlah huraian dan contoh-contoh agar berita yang
ditulis lebih terperinci dan diyakini.
- Sedutan ucapan atau pendapat seseorang bolehlah
dimasukkan.
- Gunakanlah bahasa yang ringkas tetapi padat dan tepat
supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.
- Oleh sebab karangan jenis berita mempunyai format yang khusus, patuhilah format tersebut.
BERITA
Pengenalan
• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.
• Dahulukan Isi
berita yang paling penting, manakala isi berita yang kurang penting
dikemudiankan .
• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.
• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh
dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara
• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu
• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu
Apa
|
Siapa
|
Bila
|
Di mana
|
Mengapa
|
Bagaimana
|
1. Apa ?
- Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
- Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.
2. Bila ?
- Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
- Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
- Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.
3. Di mana ?
- Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
- Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.
4. Siapa ?
- Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
- Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
- Adakalanya umur juga perlu ditulis .
5. Mengapa ?
- mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
- sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.
6. Bagaimana?
- menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.
PERKARA-PERKARA YANG PENTING DALAM
PENULISAN
Antara perkara yang
perlu dititikberatkan dalam penulisan adalah seperti berikut:
a. JALAN CERITA – Pastikan jalan cerita mempunyai klimaks,
mempunyai permulaan yang tidak membosankan,
dan pengakhiran yang baik. Pastikan juga
cerita bersesuaian untuk golongan yang ditetapkan. Jalan cerita tersebut
mestilah tidak menyentuh sensitiviti
masyarakat dunia. (Tiada unsur seperti menghina kaum lain ataupun agama lain
kerana pembaca terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama)
b. LOGIK DAN KONSISTEN – Cerita perlu mempunyai logik yang betul. Pastikan masa dan persekitaran cerita adalah betul.
Watak dan perwatakan perlulah konsisten dalam
cerita. Penulis perlu ingat bahawa pembaca terdiri daripada pelbagai golongan.
c. FAKTA – Pastikan fakta adalah tepat.
Lakukan kajian untuk memastikan fakta yang
betul. Jangan hentam sembarangan kerana ini akan menjejaskan kualiti anda
sebagai penulis.
d. STRUKTUR AYAT – Sesuatu ayat itu perlulah dipastikan agar ia sedap dibaca, tidak semestinya berbunga-bunga.
Kadangkala yang pendek dan ringkas itu yang lebih sedap dibaca.
e. FORMAT – Penulis perlu tahu tempat untuk
menandakan koma, noktah, tanda seru, tanda soal, pembuka dan penutup kata, dan sebagainya. Penulis juga perlu tahu bila italic diperlukan (biasanya bahasa asing
selain bahasa Melayu perlu italic).
Selain itu, penulis juga perlulah teliti dalam penulisan. Jangan menulis secara
cincai kerana ini akan membuatkan kualiti manuskrip kelihatan rendah.
f. EJAAN – Pastikan ejaan disemak
berulang-kali. Ini adalah untuk memastikan kualiti buku yang baik dan
seboleh-bolehnya buku yang dicetak adalah 'sifar
kesilapan ejaan'. Sebaik-baiknya, rujuklah kamus sentiasa.
PANDUAN PENTING
Format manuskrip
·
Pastikan penulis menulis
mengikut format yang ditetapkan: Times New Roman, Font Saiz
12, Spacing 1.5
·
Penulis perlu memastikan
bahawa setiap permulaan paragraf baru, perlulah di'indent' sekali dengan menekan kekunci 'tab'. Jangan gunakan kekunci 'space' banyak kali
untuk 'indention'.
·
Pastikan terdapat hanya satu ruang (space) antara setiap patah perkataan.
Jangan salahkan komputer anda kerana kesilapan yang berlaku adalah daripada
anda sendiri (typo-error)
·
Pastikan tiada ruangan
ekstra antara satu paragraf dengan paragraf lain. Maknanya, tekan kekunci 'enter' hanya sekali sahaja kemudian mulakan
paragraf yang baru.
Dialog
·
Pastikan dialog antara
watak-watak ditulis dalam paragraf yang berlainan. Contohnya, watak A (Nazam) bercakap dengan watak B (Budin). Dialog
perlulah dalam paragraf yang berlainan.
Contoh dialog:
"Hai... siapa nama
awak?" Nazam bertanya kepada pelajar baru itu. "Hai...
nama saya Budin. Awak
pula?" Pelajar baru itu tersenyum. - salah
"Hai... siapa nama
awak?" Nazam bertanya kepada pelajar baru itu.
"Hai... nama saya Budin.
Awak pula?" Pelajar baru itu tersenyum. –
betul
·
Sekiranya watak yang
sama bercakap, pastikan ia berada dalam paragraf yang sama. Sekiranya watak
yang sama bercakap tetapi berada dalam paragraf berlainan, pastikan terdapat
ayat yang menyatakan bahawa watak yang sama masih bercakap. Contohnya, apabila
watak A (Fatin) sedang bercakap.
Contoh dialog:
"Awak dah
makan?"
"Kenapa awak diam?
Saya tanya ni, awak dah makan ke belum?" (SALAH)
"Awak dah
makan?" tanya Fatin kepada Siti.
"Kenapa awak diam?
Saya tanya ni, awak dah makan ke belum?" Fatin
hairan dengan tingkah laku
Siti yang tidak menjawab pertanyaannya. (BETUL)
"Awak dah makan?" tanya
Anita kepada Lina. "Kenapa awak diam? Saya
tanya ni, awak dah makan
ke belum?" (BETUL)
TANDA BACAAN
Penggunaan (...)
Hanya tiga titik sederet
(...) boleh digunakan, tidak lebih daripada itu. Tiada
sambungan noktah, koma, tanda soal ataupun
tanda seruan selepasnya.
Anggap penggunaan (...) sama seperti penggunaan (.) , (,) , (?) dan (!).
Contoh:
Begitulah kisahnya...... (SALAH)
Begitulah kisahnya...... (SALAH)
Begitulah kisahnya... (BETUL)
“Saya baru hendak... ,”
Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. (SALAH)
“Saya baru hendak...” Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. (BETUL)
“Be...be.....lum!” kata Ali dengan gugup. (SALAH)
“Be... be... lum!” kata Ali dengan gugup. (BETUL)
“Saya baru hendak...” Asmah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. (BETUL)
“Be...be.....lum!” kata Ali dengan gugup. (SALAH)
“Be... be... lum!” kata Ali dengan gugup. (BETUL)
·
Penggunaan tanda pembuka/penutup kata
Tanda "
" (double
quotation) adalah untuk dialog.
Contoh:
“Saya hendak pergi ke
sekolah,”
kata Rahmat.
Tanda ' ' (single
quotation) adalah untuk monolog.
Contoh:
‘Aku boleh melakukannya,’
detik hati Ali.
Peringatan: Pastikan tanda penutup
kata berada di bahagian paling hujung. Kesilapan yang sering berlaku adalah
seperti berikut:
“Saya hendak pergi ke kedai”, kata Iman kepada ibunya. –
Salah
“Saya hendak pergi ke kedai,” kata Iman kepada ibunya. – Betul
4. Penggunaan kata singkat
Kata singkat boleh digunakan dalam dialog sahaja. Tidak
dibenarkan
penggunaan kata singkat dalam naratif. Contoh-contoh kata singkat
yang selalu
digunakan:
ni
= ini
tu
= itu
aje = saja/sahaja
nak = hendak /mahu
tak = tidak
tapi = tetapi
dah = sudah
mai = mari
kan (Dia baik, kan?) = (Dia baik, bukan?)
ke? (Nak ke tak nak?) = (Hendak ataupun tidak?)
ke? (Betul ke?) = (Betul, kah?)
aje = saja/sahaja
nak = hendak /mahu
tak = tidak
tapi = tetapi
dah = sudah
mai = mari
kan (Dia baik, kan?) = (Dia baik, bukan?)
ke? (Nak ke tak nak?) = (Hendak ataupun tidak?)
ke? (Betul ke?) = (Betul, kah?)
5.
Penggunaan bahasa basahan / pasar
Bahasa basahan boleh digunakan di dalam dialog sahaja. Tidak dibenarkan
penggunaan bahasa basahan dalam naratif. Contoh-contoh bahasa basahan
yang
selalu digunakan:
pulak =
pula
jugak = juga
kecik = kecil
sorang = seorang
kau orang = kamu semua
kita orang = kami
hang = kamu/awak
Foto berita terbahagi kepada beberapa bahagian:
1. Spot news : Foto-foto insidential/ tanpa perencanaan. (cth: foto bencana, kerusuhan, dll).
2.General news : Foto yang terencana (cth : foto sukan dan olahraga).
3.Foto Feature : Foto untuk mendukung suatu artikel.
4.Esei Foto : Kumpulan beberapa foto yang dapat bercerita.
Foto yang bermutu/bernilai
Batasan bermutu/bernilai atau tidaknya sebuah foto kewartawanan bergantung pada kepekaan dan kesiapsiagaan serta kerja keras dan komitmen bukan pada keuntungan sahaja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada foto yang merupakan hasil dari “being in the right place at the right time” . Tetapi seorang wartawan profesional adalah seorang jurnalis yang melakukan kaji selidik terhadap subjek atau peristiwa yang akan dirakamkan terlebih dahulu dan menetukan potensi peristiwa dan gambaran foto yang akan dirakamkan. Ini sangat penting kerana 'moment' yang baik hanya berlaku dalam sekelip mata dan mustahil untuk diulang kembali.
Seorang jurnalis foto harus berkebolehan menggambarkan kejadian sebenar melalui hasil fotonya, Kesimpulannya foto yang dihasilkan harus boleh bercerita tanpa penjelasan orang lain dan tanpa memanipulasikan foto tersebut.
TUGASAN
jugak = juga
kecik = kecil
sorang = seorang
kau orang = kamu semua
kita orang = kami
hang = kamu/awak
Foto Kewartawanan
ialah bagaimana orang lain dapat menterjemah elemen-elemen yang dirakam pada kepingan foto yang dihasilkan tanpa perlu diperjelaskan dengan keterangan berita.
Ciri-ciri foto kewartawanan:
1.Memiliki nilai berita atau menjadi berita itu sendiri.
2.Melengkapi suatu berita/artikel.
3.Dimuat dalam suatu media.
Sebuah foto dapat berdiri sendiri, tapi pemberitaan tanpa foto rasanya kurang lengkap, kerana foto merupakan salah satu media visual untuk merakam/mengabadikan atau menceritakan suatu peristiwa. “Semua foto pada dasarnya adalah dokumentasi dan foto berita adalah sebahagian dari foto dokumentasi” . Perbezaan foto berita adalah terletak pada pilihan, membuat foto berita bererti memilih foto mana yang sesuai. ( contoh: di dalam peristiwa pernikahan). Dokumentasi bererti mengambil/merakam foto keseluruhan peristiwa dari mulai penerimaan tetamu sehingga selesai majlis. Tetapi seorang wartawan foto hanya mengambil gambar peristiwa yang menarik sahaja. 'Public figure' hal lain yang membezakan antara foto dokumentasi dengan foto berita hanya terbatas pada apakah foto itu diterbitkan atau sesuai diterbitkan di dalam media massa atau tidak.
Nilai suatu foto ditentukan oleh beberapa unsur:
1. Kejelasan.
2. Berhubungan dengan berita.
3. Kejadian luar biasa.
4. Promosi.
5. Kepentingan.
6. Human Interest.
7. Universal.
1.Memiliki nilai berita atau menjadi berita itu sendiri.
2.Melengkapi suatu berita/artikel.
3.Dimuat dalam suatu media.
Sebuah foto dapat berdiri sendiri, tapi pemberitaan tanpa foto rasanya kurang lengkap, kerana foto merupakan salah satu media visual untuk merakam/mengabadikan atau menceritakan suatu peristiwa. “Semua foto pada dasarnya adalah dokumentasi dan foto berita adalah sebahagian dari foto dokumentasi” . Perbezaan foto berita adalah terletak pada pilihan, membuat foto berita bererti memilih foto mana yang sesuai. ( contoh: di dalam peristiwa pernikahan). Dokumentasi bererti mengambil/merakam foto keseluruhan peristiwa dari mulai penerimaan tetamu sehingga selesai majlis. Tetapi seorang wartawan foto hanya mengambil gambar peristiwa yang menarik sahaja. 'Public figure' hal lain yang membezakan antara foto dokumentasi dengan foto berita hanya terbatas pada apakah foto itu diterbitkan atau sesuai diterbitkan di dalam media massa atau tidak.
Nilai suatu foto ditentukan oleh beberapa unsur:
1. Kejelasan.
2. Berhubungan dengan berita.
3. Kejadian luar biasa.
4. Promosi.
5. Kepentingan.
6. Human Interest.
7. Universal.
Foto berita terbahagi kepada beberapa bahagian:
1. Spot news : Foto-foto insidential/ tanpa perencanaan. (cth: foto bencana, kerusuhan, dll).
2.General news : Foto yang terencana (cth : foto sukan dan olahraga).
3.Foto Feature : Foto untuk mendukung suatu artikel.
4.Esei Foto : Kumpulan beberapa foto yang dapat bercerita.
Foto yang bermutu/bernilai
Batasan bermutu/bernilai atau tidaknya sebuah foto kewartawanan bergantung pada kepekaan dan kesiapsiagaan serta kerja keras dan komitmen bukan pada keuntungan sahaja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada foto yang merupakan hasil dari “being in the right place at the right time” . Tetapi seorang wartawan profesional adalah seorang jurnalis yang melakukan kaji selidik terhadap subjek atau peristiwa yang akan dirakamkan terlebih dahulu dan menetukan potensi peristiwa dan gambaran foto yang akan dirakamkan. Ini sangat penting kerana 'moment' yang baik hanya berlaku dalam sekelip mata dan mustahil untuk diulang kembali.
Seorang jurnalis foto harus berkebolehan menggambarkan kejadian sebenar melalui hasil fotonya, Kesimpulannya foto yang dihasilkan harus boleh bercerita tanpa penjelasan orang lain dan tanpa memanipulasikan foto tersebut.
TUGASAN
Contoh penyediaan News Latter (Sila layari alamat ini)
atau melalui template yang disediakan di dalam Microsoft Publisher.
TUGASAN PENGAMBARAN LUAR
KURSUS KEWARTAWANAN FOTO
TUGASAN PADA 29 MEI 2013 (8.00 PAGI- 12.45 TENGAHARI)
PANDUAN:
1.
Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap
kumpulan mengandungi 4 peserta kursus bergerak dengan satu kenderaan ke lokasi. (Berhati-hati semasa dalam perjalanan).
2.
Setiap kumpulan 4 orang diberikan salah satu
tugas seperti senarai.
3.
Minta kebenaran dan keizinan penjaga / individu
yang terlibat dan nyatakan tujuan jika perlu.
4.
Dapatkan gambar dan berita serta buat suntingan
kedua-duanya setelah pulang.
5.
Bina satu flyers setiap kumpulan
dari gambar dan berita yang dirakamkan.
6.
Serahkan bahan siap dalam bentuk fail .psd dan
.jpg kepada urusetia (pada 10.00 malam 29 Mei 2013) untuk penilaian dan bahan
galeri dan papan info BTPN Kedah.
BIL
|
TUGASAN
|
LOKASI CADANGAN
|
CATATAN
|
1
|
Pengkisahan sebuah tempat menarik kunjungan ramai.
|
Muzium Bakau Semeling
|
Gambar lokasi dan kemudahan yang ada.
|
2
|
Promosi perniagaan
|
Kedai makan bumiputra
|
Gambar kedai, menu, hidangan dan pelanggan.
|
3
|
Resepi masakan
|
Sekitar Sungai Petani
|
Gambar bahan dan hidangan resepi tersebut.
|
4
|
Promosi individu –sukan, artis, model, chef, usahawan dan sebagainya.
|
Sekitar Sungai Petani
|
Gambar potret dan bidangnya.
|
5
|
Peranan sebuah jabatan kerajaan.
|
Mana-mana jabatan kerajaan berhampiran.
|
Gambar bangunan yang melambangkan jabatan.
|
6
|
Kemudahan pengangkutan awam di Sungai Petani (pilih salah satu yang
ada).
|
Pusat Bandar Sungai Petani.
|
Gambar kemudahan awam seperti stesen bas, keretapi, teksi
|
7
|
Berita semasa / kejadian menarik hari ini.
|
Sekitar Sungai Petani
|
Gambar peristiwa
|
8
|
Pengkisahan arkeologi tinggalan sejarah (pilih salah satu yang ada).
|
Merbok, Semeling, Bujang (Makam Sultan Muzafar Shah) dan Pengkalan
Bujang.
|
Gambar lokasi
|
TUGASAN PADA 30 MEI 2013
PEMBINAAN FLYERS PKG
PANDUAN:
1. Setiap PKG diminta menyediakan sekeping flyers mengenai PKG masing-masing dengan menggunakan gambar dan data-data yang dibawa (telah dimaklumkan lebih awal).
2. Ukuran flyers ialah A4. Gunakan huruf yang mudah dibaca dan jelas. Susunan grafik dan gambar hendaklah menarik dan jelas serta menepati maksud.
3. Setiap flyers sedapatnya mengandungi gambar PKG, kakitangan, nama atau gambar sekolah, data berkaitan sekolah dan guru serta projek khas atau pencapaian yang menarik/unik untuk dipaparkan serta hiasan grafik yang bersesuaian dan menarik perhatian pembaca.
4. Flyers yang telah siap hendaklah diserahkan kepada urusetia dalam bentuk fail .psd dan .jpg bagi tujuan penilaian, cetakan dan bahan galeri/papan info BTPN Kedah pada pukul 12.00 tengahari 30 Mei 2013 setelah selesai sesi pembentangan dan rumusan.
5. Setiap tugasan kumpulan dan individu adalah sangat penting dan dihargai. Oleh itu silalah serahkan mengikut jadual yang ditetapkan. Terima kasih.
5. Setiap tugasan kumpulan dan individu adalah sangat penting dan dihargai. Oleh itu silalah serahkan mengikut jadual yang ditetapkan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment