NOTA FOTOGRAFI

 SEJARAH PERKEMBANGAN FOTOGRAFI SEBAGAI SENI
 

 Fotografi dan kamera dicipta menerusi sains. Pada zaman awalnya, perkembangan fotografi lebih tertumpu kepada proses penciptaan dan penambahbaikan terhadap sistem kamera itu sendiri. Pada era itu juga, fungsi gambar foto lebih kepada untuk merekod sesuatu. Ianya tidak dianggap sebagai satu karya seni visual sepertimana seni lukisan atau seni arca pada waktu itu. Artis visual pada ketika itu berpendapat, karya foto dihasilkan oleh kamera, bukan dengan kemahiran tangan jurufoto. Oleh itu, mereka tidak menerima karya fotografi sebagai satu karya seni.

Pada sekitar abad ke 20, satu aliran yang dinamakan Pictorialism dipraktikkan bagi membolehkan fotografi diterima sebagai satu karya seni pada zaman itu. Jurufoto Pictorialism memanipulasikan foto yang dirakam bagi menghasilkan foto dengan gaya seakan-akan lukisan. Alfred Stieglitz adalah seorang tokoh penting dalam memperjuangkan fotografi untuk diterima sebagai karya seni ketika era ini.

 
pictorialism
Gambar foto dengan aliran Pictorialism menggunakan beberapa teknik, antaranya - sengaja mengkaburkan fokus, menggunakan filter untuk kesan tertentu, membuat cetakan tona sepia dan membuat manipulasi foto di dalam bilik gelap agar foto yang dihasilkan menyamai karya lukisan. Foto ini bertajuk ‘Beppy’ karya Helen W. Drew. Sumber foto dari Wikimedia Commons
Ada pihak menganggap aliran fotografi dengan gaya Pictorialism tidak menampakkan identiti sebenar fotografi dan tidak menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada media fotografi. Oleh itu, sekumpulan jurufoto yang tidak bersetuju dengan gaya Pictorialism telah menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama Group f/64 dimana Ansel Adams adalah salah seorang dari ahlinya.

Kumpulan ini telah mengadakan pameran fotografi pertama mereka pada tahun 1932. Mereka memperjuangkan idea ‘straight photography’ dimana karya foto yang dihasilkan tidak lagi cuba meniru gaya sebuah karya lukisan. Aliran ‘straight photography’ ini menjadi asas kepada seni fotografi yang dipraktikkan secara meluas sehingga ke hari ini, walau kita tidak menamakannya lagi sebagai ‘straight photography’.
straight photography 
Foto dengan gaya ‘straight photography’ yang berlawanan dengan gaya Pictorialism. Foto ini bertajuk ‘The Tetons and the Snake River’ (1942) hasil karya Ansel Adams. Sumber foto dari Wikimedia Commons

KAMERA LUBANG JARUM (PINHOLE CAMERA)
 
 Kamera lubang jarum adalah satu bentuk kamera yang sangat ringkas. Walaupun ianya ringkas dan boleh dibuat sendiri dengan kos yang rendah, ianya tetap mampu merakam gambar foto.

Kamera lubang jarum boleh dibuat menggunakan kotak kasut, tin minuman dan sebagainya. Apa yang penting, kamera ini mestilah mempunyai bahagian dalam yang berwarna hitam dan kedap cahaya. Kamera lubang jarum tidak memerlukan lensa, sebaliknya, imej akan masuk melalui satu bukaan kecil (aperture) yang ditebuk pada satu permukaan pada kamera tersebut.

Pada satu bahagian yang bertentangan dengan aperture ini, bahan yang sensitif kepada cahaya seperti filem atau photographic paper diletakkan. Aperture perlu ditutup dengan satu material yang legap yang bertindak sebagai shutter agar cahaya tidak dapat masuk ke dalam kamera. Shutter ini hanya akan dibuka apabila gambar ingin dirakam. Setelah gambar dirakam, shutter akan ditutup kembali.

Pinhole CameraRajah di atas menunjukkan cara kamera lubang jarum berfungsi. Perhatikan, imej yang dihasilkan di dalam kamera adalah dalam keadaan terbalik. Ini merupakan satu hukum fizik - imej yang dihasilkan di dalam kamera DSLR juga sebenarnya adalah terbalik, cuma ianya telah dibetulkan oleh ciri tambahan yang ada pada kamera kita.

Demikianlah bentuk dan fungsi ringkas sebuah kamera lubang jarum. Ini bermaksud, pada asalnya, kamera berfungsi dengan cara yang sangat mudah. Kamera digital yang kita miliki sekarang ini menggunakan teknologi tinggi dan adakalanya ia boleh merumitkan, terutamanya bagi mereka yang tidak memahami asas fotografi. Tetapi hakikatnya, kamera digital sekarang tetap menggunakan asas yag sama seperti kamera lubang jarum.

Kawalan-kawalan tambahan yang ada pada kamera kita sekarang dicipta untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada kamera lubang jarum. Walaupun kamera digital sekarang mempunyai berbagai fungsi, bukan semua fungsi ini adalah penting dan perlu digunakan oleh semua orang. Ianya bergantung kepada keperluan tertentu.

Kesimpulannya, untuk benar-benar faham mengenai asas teknikal fotografi, kita terlebih dahulu perlu faham beberapa perkara asas mengenai cara kamera berfungsi. Lupakan dulu kawalan-kawalan kamera yang kurang penting yang lebih merupakan ciri-ciri tambahan sahaja. Berikan tumpuan kepada perkara yang lebih penting yang merupakan asas kepada kawalan kamera seperti aperture, shutter, ISO dan sebagainya.


MENGENALI KAMERA DSLR SECARA LEBIH MENDALAM

Definisi DSLR

DSLR adalah ringkasan kepada ‘Digital Single-Lens Reflex’ atau dalam Bahasa Melayunya boleh diterjemahkan sebagai ‘Pantulan Lensa Tunggal Digital’. Sistem kamera ini sebenarnya telah wujud sejak zaman kamera analog lagi. Pada ketika itu, ianya dikenali dengan nama kamera SLR.

Cara kamera DSLR berfungsi

Seperti namanya, kamera DSLR adalah kamera yang berfungsi dengan menggunakan lensa tunggal. Lensa tunggal ini digunakan untuk melihat dan merakam gambar. Sistem ini berbeza dengan sistem kamera TLR contohnya,  dimana sistem kamera TLR menggunakan 2 lensa. Satu lensa hanya untuk merakam gambar manakala satu lagi lensa lain digunakan hanya untuk melihat.
Keratan Rentas Kamera DSLR                 Gambar keratan rentas sebuah kamera DSLR
Foto oleh Hanabi123, Wikimedia Commons

Pada kamera DSLR, reflex mirror (cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan 5 permukaan) digunakan di dalam kamera untuk membalikkan imej yang dihasilkan melalui lensa agar dapat dilihat pada viewfinder. Apabila gambar dirakam, reflex mirror dinaikkan ke atas lalu membenarkan cahaya bergerak terus menuju ke sensor.
Bahagian Dalam Kamera DSLR
Bahagian-bahagian penting pada kamera DSLR
Cara Kamera DSLR Berfungsi
Cara dan langkah-langkah kamera DSLR berfungsi:
  1. Ketika kita melihat melalui viewfinder, aperture pada lensa dibuka dengan keluasan maksima walaupun pada ketika itu kita melaraskan aperture pada bukaan kecil. Aperture besar digunakan ketika kita sedang melihat melalui viewfinder bagi membolehkan imej yang dilihat adalah lebih cerah. Imej yang masuk melalui lensa seterusnya dipantulkan oleh reflex mirror menuju ke pentaprism. Pentaprism seterusnya membalikkan lagi imej beberapa kali sehinggalah akhirnya imej dapat dilihat pada viewfinder. Pada ketika ini, sensor kamera tidak menerima cahaya atau imej kerana shutter masih ditutup

  2. Apabila punat ditekan untuk merakam gambar, aperture akan dilaraskan kepada saiz bukaan yang telah kita tetapkan sebelum ini. Dalam masa yang sama, reflex mirror akan dinaikkan ke atas bagi membolehkan cahaya masuk terus menuju ke bahagian belakang kamera sebelum cahaya didedahkan kepada sensor. Setelah reflex mirror ini dinaikkan, kita tidak lagi dapat melihat apa-apa imej melalui viewfinder

  3. Shutter dibuka lalu cahaya akan didedahkan kepada sensor bagi merakam gambar

  4. Setelah shutter dibuka dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan, ia akan ditutup kembali. Setelah itu, reflex mirror akan diturunkan semula, aperture akan dibuka semula ke saiz bukaan maksima dan kita akan dapat melihat semula imej melalui viewfinder.
Sistem kamera DSLR boleh dikatakan sistem yang rumit dan canggih jika dibandingkan dengan sistem kamera yang lain. Oleh sebab itulah sistem kamera DSLR dianggap sebagai kamera yang hampir sempurna, serba boleh dan mudah digunakan.
Diantara kelebihan kamera DSLR berbanding kamera compact adalah:
  1. Lensa boleh ditukar ganti. Sistem kamera DSLR selalunya menyediakan puluhan jenis lensa berbeza untuk digunakan bagi berbagai tujuan.
  2. Sensor bersaiz lebih besar. Sensor lebih besar bermakna kualiti imej yang dihasilkan adalah lebih baik dari segi resolusi gambar.
  3. Kendalian lebih cepat. Kamera DSLR membolehkan kawalan yang lebih cepat dilakukan untuk auto focus, manual aperture, manual shutter dan sebagainya

Diantara kelemahan kamera DSLR berbanding kamera compact adalah:
  • Harga kamera dan lensa untuk kamera DSLR adalah lebih mahal
  • Kamera DSLR adalah lebih berat berbanding kamera compact. Penggunaan dalam tempoh masa yang lama menggunakan banyak tenaga.
  • Kamera DSLR dan lensanya bersaiz besar. Faktor ini menyukarkan rakaman foto secara kandid di kalangan subjek yang tidak dikenali.

PETUA 1
Juru kamera atau jurufoto?
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila kawan-kawan selalu ‘meracun’ kita untuk beli kamera dan aksesori yang terbaru dan terbaik di pasaran.
Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi tiada keyakinan pada diri sendiri dalam hal pengendalian kamera. Mereka kurang pengetahuan fotografi dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup
kelemahan diri, ramai yang ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan, gambar yang dirakam akan jadi hebat secara automatik. Malangnya, pendapat ini tidak benar.
Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, mereka akan cepat pandai dan akan mendapat keyakinan diri. Kita perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang dirakam itu cantik adalah kemahiran yang ada pada diri kita, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.
Bila kita masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurufoto, pastikan bahawa, minat utama kita ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurufoto yang baik,
kita harus fokuskan masa dan wang kita lebih kepada pembelajaran dan penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.
Jika kita ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya selepas beberapa tahun. Tapi jika kita ada ilmu dan kemahiran fotografi dalam diri kita, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai diri kita sebagai seorang jurufoto akan sentiasa naik dengan setiap kemahiran dan ilmu yang kita perolehi.
Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika kita mampu. Tapi, sebagai jurufoto, pastikan bahawa, kemahiran kita sentiasa lebih hebat dari kamera kita. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.
Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau kita ingin dikenali sebagai jurufoto, kita lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan collect peralatan kamera.

PETUA 2
Kreativiti gambar perkahwinan...
Tadi saya sempat dengar feedback dari seorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ini baru kahwin. Jadi, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia telah upah seorang photographer. Photographer ini banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.
Masalahnya, client ini sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada ‘citarasa. Client macam ini biasanya tidak berapa suka gambar yang terlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar sebegini biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.
Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif itu memang bagus -yang menjadi masalah sekarang ini, gambar kreatif yang sudah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.
Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut itu pula, tidak tahu kenapa dia mengikut. Yang dia tahu, dia mengikut sahaja. Orang shoot pakai fisheye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.
Nak shoot pakai fisheye lens, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna fisheye lens. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek di bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ini. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambil gambar ni? Dia sukakah apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.
Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengoklah jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.
Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecil ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecil tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak saja – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin. Alih-alih, budak kecil tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru. Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Haru biru jadinya....


PETUA 3
Nak beli kamera apa?
Sejak 4 hari lalu seorang rakan lama acapkali menelefon saya untuk bertanya tentang kamera yang dia patut beli. Sehari sampai 3-4 kali beliau menelefon untuk bertanya DSLR apa yang bagus dan ciri-ciri yang dimiliki setiap satu model. Saya agak kebingungan untuk menjawab, kerana soalan tersebut terlalu umum. Setelah menerangkan perihal beberapa model popular di pasaran, saya bertanya kembali beberapa soalan kepadanya:
1) Beli kamera untuk apa? Adakah untuk ambil gambar keluarga dan percutian atau untuk dijadikan hobi?
2) Berapa bajet sekarang dan adakah bersedia untuk menambah perbelajaan berkenaan kamera di kemudian hari?
3) Berapa kerapkah rasanya kamera tersebut akan digunakan?
4) Jika untuk hobi, gambar jenis macam mana yang minat untuk dirakam?
5) Bersediakah untuk melabur masa dan wang untuk belajar teknik fotografi?

Beliau tidak pasti tentang jawapan untuk kebanyakan soalan di atas. Akhirnya saya menasihatkannya untuk membeli kamera compact sahaja.
DSLR bukan untuk kegunaan semua orang. DSLR juga tidak menjamin gambar anda 100% cantik.

PETUA 4
Nak Belajar Fotografi?
Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ini, cuma ‘melihat’fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack  flash jauh sekali bereksperimen dengan continuous light seperti HMI Arri contohnya.Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut…
Seorang jurufoto terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan dalam bidang pengkhususannya. Menjadi seorang jurufoto perkahwinan
pun bukan semudah yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurufoto dalam apa-apa bidang sekalipun. Tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…hanya satu dalam sejuta.
Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurufoto yang baru beberapa kali minum kopi bersama jurufoto ternama, sudah merasakan dirinya sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita sentiasa memperbaiki diri Saya turut kagum dengan segelintir jurufoto baru yang rajin menjelajah segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.
Pesan ini untuk diri saya sendiri, kerana saya banyak mengajar. Supaya saya tidaklah merasa yang saya ini lebih pandai dari orang lain. Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi.

PETUA 5



MENGENALI KAMERA DSLR SECARA LEBIH MENDALAM

Definisi DSLR
DSLR adalah ringkasan kepada ‘Digital Single-Lens Reflex’ atau dalam Bahasa Melayunya boleh diterjemahkan sebagai ‘Pantulan Lensa Tunggal Digital’. Sistem kamera ini sebenarnya telah wujud sejak zaman kamera analog lagi. Pada ketika itu, ianya dikenali dengan nama kamera SLR.

Cara kamera DSLR berfungsi
Seperti namanya, kamera DSLR adalah kamera yang berfungsi dengan menggunakan lensa tunggal. Lensa tunggal ini digunakan untuk melihat dan merakam gambar. Sistem ini berbeza dengan sistem kamera TLR contohnya, dimana sistem kamera TLR menggunakan 2 lensa. Satu lensa hanya untuk merakam gambar manakala satu lagi lensa lain digunakan hanya untuk melihat.
Gambar keratan rentas sebuah kamera DSLR
Pada kamera DSLR, reflex mirror (cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan 5 permukaan) digunakan di dalam kamera untuk membalikkan imej yang dihasilkan melalui lensa agar dapat dilihat pada viewfinder. Apabila gambar dirakam, reflex mirror dinaikkan ke atas lalu membenarkan cahaya bergerak terus menuju ke sensor.

Bahagian-bahagian penting pada kamera DSLR

Cara dan langkah-langkah kamera DSLR berfungsi:
  1. Ketika kita melihat melalui viewfinder, aperture pada lensa dibuka dengan keluasan maksima walaupun pada ketika itu kita melaraskan aperture pada bukaan kecil. Aperture besar digunakan ketika kita sedang melihat melalui viewfinder bagi membolehkan imej yang dilihat adalah lebih cerah. Imej yang masuk melalui lensa seterusnya dipantulkan oleh reflex mirror menuju ke pentaprism. Pentaprism seterusnya membalikkan lagi imej beberapa kali sehinggalah akhirnya imej dapat dilihat pada viewfinder. Pada ketika ini, sensor kamera tidak menerima cahaya atau imej kerana shutter masih ditutup
  2. Apabila punat ditekan untuk merakam gambar, aperture akan dilaraskan kepada saiz bukaan yang telah kita tetapkan sebelum ini. Dalam masa yang sama, reflex mirror akan dinaikkan ke atas bagi membolehkan cahaya masuk terus menuju ke bahagian belakang kamera sebelum cahaya didedahkan kepada sensor. Setelah reflex mirror ini dinaikkan, kita tidak lagi dapat melihat apa-apa imej melalui viewfinder
  3. Shutter dibuka lalu cahaya akan didedahkan kepada sensor bagi merakam gambar
  4. Setelah shutter dibuka dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan, ia akan ditutup kembali. Setelah itu, reflex mirror akan diturunkan semula, aperture akan dibuka semula ke saiz bukaan maksima dan kita akan dapat melihat semula imej melalui viewfinder.
Sistem kamera DSLR boleh dikatakan sistem yang rumit dan canggih jika dibandingkan dengan sistem kamera yang lain. Oleh sebab itulah sistem kamera DSLR dianggap sebagai kamera yang hampir sempurna, serba boleh dan mudah digunakan.
Diantara kelebihan kamera DSLR berbanding kamera compact adalah:
  1. Lensa boleh ditukar ganti. Sistem kamera DSLR selalunya menyediakan puluhan jenis lensa berbeza untuk digunakan bagi berbagai tujuan.
  2. Sensor bersaiz lebih besar. Sensor lebih besar bermakna kualiti imej yang dihasilkan adalah lebih baik dari segi resolusi gambar.
  3. Kendalian lebih cepat. Kamera DSLR membolehkan kawalan yang lebih cepat dilakukan untuk auto focus, manual aperture, manual shutter dan sebagainya
Diantara kelemahan kamera DSLR berbanding kamera compact adalah:
  • Harga kamera dan lensa untuk kamera DSLR adalah lebih mahal
  • Kamera DSLR adalah lebih berat berbanding kamera compact. Penggunaan dalam tempoh masa yang lama menggunakan banyak tenaga.
  • Kamera DSLR dan lensanya bersaiz besar. Faktor ini menyukarkan rakaman foto secara kandid di kalangan subjek yang tidak dikenali.   

    PETUA 6

    INGIN JADI JURUFOTO HEBAT?

    Tiada jalan pintas untuk jadi jurufoto yang hebat. Pertama sekali, kita perlu ada ilmu. Ilmu boleh didapati dengan belajar. Hadir kursus, baca buku, bertanya kepada yang tahu dan sebagainya. Tetapi, ilmu tanpa amal dan latihan tidak akan menjadikan kita mahir.
    Ada sesetengah orang yang menganggap, dengan menghadiri kursus fotografi, mereka akan terus jadi mahir. Tetapi, hakikatnya, kemahiran tidak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Hadir kursus boleh memberikan kita ilmu dan kefahaman. Tetapi, kemahiran hanya akan datang dari latihan dan pengalaman.
    Dengan minat yang mendalam, sepatutnya kita akan sentiasa berlatih merakam gambar tanpa rasa jemu dan tidak menganggapnya sebagai beban. Kurang masa dan kurang wang bukan alasan untuk kita tidak berlatih merakam gambar. Kita boleh berlatih merakam gambar dengan mencuba berbagai-bagai teknik dan kemahiran hanya dengan berada di dalam rumah. Tidak perlu pergi jauh. Tidak semestinya mencari subjek yang menarik di luar rumah untuk berlatih merakam gambar.
    Tentu sekali, memiliki peralatan kamera yang mahal juga bukanlah satu cara yang boleh menjamin kita untuk menjadi seorang jurufoto yang hebat.
    Fotografi bukanlah suatu hobi mudah yang penuh dengan keselesaan. Fotografi adalah untuk orang yang sukakan cabaran. Jika anda ingin berjaya dalam fotografi, anda mestilah sanggup untuk berusaha bersungguh-sungguh dan melupakan jalan pintas.
    Bagaimana pula cara anda memperbaiki kemahiran fotografi anda? Mungkin anda ada tips lain yang anda ingin kongsikan bersama. Harap anda boleh tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih. 
  
CARA SHUTTER BERFUNGSI......

Animasi di bawah ini adalah amat berkesan dalam memberikan kefahaman mengenai cara shutter berfungsi secara mekanikalnya.




  • Dengan animasi ini juga, anda tentu akan lebih faham mengenai 1st curtain, 2nd curtain dan mengapa masalah flash synchronization boleh berlaku. Sumber animasi ini adalah dari Digital Photography School.

    Artikel 6
    Artikel di bawah ini merupakan petikan dari kandungan Bahagian 3 yang terdapat di dalam buku fotografi saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Pastikan anda telah melanggan Newsletter Percuma - Buku Fotografi bagi membolehkan anda mendapat tawaran istimewa dari saya dan mendapat peluang membaca beberapa bahagian buku ini sebelum ianya diterbitkan.


    APERTURE

    Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, aperture di dalam Bahasa Melayu dieja sebagai apertur. Namun, adakalanya, aperture disebut juga sebagai ‘bukaan’ di dalam Bahasa Melayu.

    Aperture adalah satu bahagian yang terletak di dalam lensa yang berfungsi untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Aperture ialah satu mekanisma yang boleh dilaras saiz bukaannya dari saiz bukaan yang paling kecil hinggalah ke saiz bukaan yang paling besar.
    aperture
    Rupa sebenar aperture yang terdapat di dalam lensa. Gambar di atas menunjukkan saiz
    bukaan aperture yang kecil
    aperture
    Perbezaan aperture besar dan aperture kecil
    Aperture dengan saiz bukaan yang besar akan membolehkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera. Ini bermaksud, gambar boleh menjadi lebih cerah. Jadi, ketika merakam gambar di tempat yang gelap, kita perlu menggunakan aperture yang lebih besar supaya gambar kita menjadi lebih cerah.
    Sebaliknya, apabila merakam gambar di tempat yang cerah, kita sepatutnya menggunakan aperture yang lebih kecil agar kurang cahaya dapat masuk ke dalam kamera. Lalu, gambar yang akan dihasilkan tidak menjadi terlalu terang.
    Selain dari saiz bukaan aperture yang ditunjukkan di atas, ada banyak lagi saiz bukaan aperture dari yang paling kecil hinggalah ke saiz bukaan yang paling besar. Setiap saiz bukaan aperture ini mempunyai nilai yang telah ditetapkan dan nilai ini digunapakai oleh semua jenis kamera tidak kira dari jenama apa sekalipun. 
    Nilai aperture  sepatutnya ditulis seperti ini – f/5.6 (salah satu contoh) Huruf F sepatutnya ditulis dalam huruf kecil dan dicondongkan (italic). Ini kerana, huruf F tersebut sebenarnya merupakan simbol untuk formula bagi mendapatkan nilai aperture. Tetapi, pada kamera, nilai aperture ini adakalanya ditulis sebagai 5.6 sahaja tanpa tulisan ‘f/’ di depannya. Atau, ada juga kamera yang menunjukkan nilai f/5.6 dengan menggunakan huruf F dalam abjad besar seperti F5.6 dan sebagainya. Walaupun ada perbezaan dari segi cara penulisannya, ianya tetap merujuk kepada perkara yang sama.

    Untuk membolehkan anda melaraskan aperture secara manual, anda perlu laraskan Exposure Mode kepada Manual atau Aperture Priority. Aperture Priority pada kamera Nikon ditandakan dengan huruf A. Pada kamera Canon, Aperture Priority dinamakan sebagai Aperture Value dan ditandakan dengan huruf AV. Jika anda menggunakan tetapan automatik yang lain, anda tidak akan dapat mengawal aperture anda. Sila rujuk buku manual kamera anda bagi mengetahui dengan tepat cara untuk melaraskan aperture pada kamera anda.
    Pada peringkat ini, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah apabila cuba mempraktikkan kawalan aperture seperti yang diterangkan di dalam bab ini kerana, untuk mengawal aperture dengan betul, anda juga perlu faham mengenai perkara lain yang belum kita pelajari seperti shutter, ISO dan exposure meter. Anda disarankan untuk memahami secara teori sahaja dahulu mengenai aperture di dalam bab ini. Di dalam bahagian akhir nanti, setelah anda memahami keseluruhan kawalan pada kamera, barulah anda dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dengan lebih mudah. Ini kerana, ada beberapa perkara penting pada kawalan kamera yang saling berkaitan diantara satu sama lain.
    aperture
    Gambar di atas menunjukkan nilai-nilai aperture yang berbeza – dari saiz bukaan aperture yang paling kecil hinggalah ke saiz 

    FORMAT FAIL DIGITAL

    Setelah sensor menangkap imej, imej tersebut akan disimpan di dalam memory card. Tetapi sebelum itu, pengguna harus menetapkan dulu, dalam format apakah imej itu hendak disimpan. Imej boleh disimpan di dalam berbagai jenis format dan setiap format tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ada 3 jenis pilihan format iaitu RAW, TIFF dan JPEG.

    JPEG

    JPEG adalah ringkasan kepada Joint Photographic Experts Group. Format JPEG adalah format yang paling universal kerana fail di dalam format ini boleh dibaca dan dipaparkan oleh hampir semua jenis image viewer. Ia juga merupakan format yang paling popular kerana saiz failnya tidak terlalu besar disamping kualiti gambar yang dihasilkan adalah cukup baik.

    Sebelum sesuatu gambar itu disimpan dalam format JPEG, ianya akan dimampatkan menerusi satu proses yang dinamakan compression. Beberapa data pada gambar akan dibuang untuk menjadikan fail tersebut bersaiz lebih kecil. Pemampatan fail yang ‘mengorbankan’ data seperti yang dilakukan oleh format JPEG ini dinamakan lossy compression.
    Data yang akan dibuang terlebih dahulu ialah data yang kurang penting dimana mata kita tidak akan dapat mengesan kehilangan data atau perincian pada gambar ini dengan ketara. Tetapi, semakin banyak compression dilakukan, data yang hilang akan menjadi lebih banyak dan kelihatan lebih ketara.
    Kita boleh memilih, berapa banyakkah data pada gambar yang ingin dibuang menerusi proses pemampatan. Semakin tinggi pemampatan (high compression) dilakukan, kualiti gambar akan menjadi semakin rendah – tetapi saiz fail akan menjadi semakin kecil. JPEG compression
    Perbezaan kualiti gambar dalam format JPEG dengan tahap pemampatan berbeza. Gambar dengan highest quality menggunakan lowest compression manakala gambar dengan lowest quality menggunakan highest compression
    Disebabkan lossy compression ini, apabila merakam gambar dengan format JPEG, kita sebenarnya tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan sensor kamera kita. Imej yang dihasilkan dari sensor pada asalnya adalah lebih baik, tetapi disebabkan ianya disimpan dalam format JPEG, kualitinya tidak lagi berada pada tahap maksima. Tetapi, format JPEG tetap menjadi pilihan popular kerana sebab-sebab yang telah disebutkan sebelum ini.
    Selain dari membuang data melalui proses compression, rakaman dengan format JPEG juga sebenarnya melibatkan proses pengubahsuaian gambar yang dilakukan di dalam kamera sebelum gambar dirakam. Setiap gambar yang dirakam dalam format JPEG akan terlebih dahulu melalui proses seperti pembetulan white balance, contrast, saturation, sharpening dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menjadikan setiap gambar itu lebih cantik dan lebih ‘bersedia’ untuk diperlihatkan (tidak seperti format RAW yang memerlukan anda memproses setiap gambar sebelum ianya boleh diperlihatkan) Dengan kata lain, gambar yang dihasilkan oleh format JPEG adalah bukan gambar yang betul-betul asli – ianya adalah gambar yang telah pun dipercantikkan di dalam kamera.
    Pada kamera kita, apabila kita ingin gambar dirakam sebagai format JPEG, kita turut perlu memilih tahap compression yang dikehendaki. Biasanya, pilihan yang diberi adalah JPEG basic (high compression, kualiti rendah, fail bersaiz kecil), JPEG Normal (medium compression, kualiti sederhana, fail bersaiz sederhana) dan JPEG Fine (low compression, kualiti baik, fail bersaiz besar) Jenama kamera yang berlainan mungkin akan menggunakan istilah yang sedikit berbeza.
    Apabila merakam gambar dalam format JPEG; selain dari memilih tahap compression, kita juga perlu memilih – sebesar manakah sesuatu gambar itu akan dirakam. Biasanya, pilihan yang diberi adalah Small, Medium dan Large. Saiz rakaman gambar ini diukur dalam unit pixel. Contohnya, rakaman dengan saiz Large adalah bersaiz 4288X2848 pixel (jumlah pixel ini bergantung kepada jenis kamera)
    Rakaman dalam saiz Large akan menghasilkan fail yang bersaiz besar, tetapi gambarnya adalah berkualiti tinggi. Sekiranya anda ingin mencetak gambar anda dalam saiz besar atau memaparkan gambar anda di dalam komputer dalam saiz besar, anda perlu merakam gambar dalam saiz besar juga (Large Image Size). Jika anda merakam gambar dalam saiz kecil, gambar akan kelihatan ‘pecah’ apabila ianya dibesarkan.

    Kesimpulannya, apabila merakam gambar dalam format JPEG, anda perlu pilih dan tetapkan 2 perkara – tahap JPEG compression dan saiz gambar. Untuk kualiti rakaman terbaik dalam format JPEG, anda perlu buat tetapan – JPEG Fine bersama Large Size.


    TIFF

    TIFF adalah ringkasan kepada Tagged Image File Format. Format TIFF mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding JPEG, tetapi saiz failnya adalah lebih besar. Malah saiz failnya selalunya lebih besar dari saiz fail RAW.  Oleh kerana saiznya yang besar, ia menggunakan ruang simpanan data yang besar di dalam memory card anda dan boleh melambatkan sedikit proses penyimpanan data. Bukan semua jenis kamera menawarkan pilihan untuk rakaman dalam format TIFF kerana ianya jarang digunakan.


    RAW

    Format RAW memberikan kualiti terbaik diantara ketiga-tiga format ini. Namun, setiap imej RAW mestilah diproses terlebih dahulu menggunakan software khas sebelum ianya boleh menjadi gambar yang sempurna. Oleh itu, penggunaan format RAW akan memakan lebih banyak masa. Oleh kerana saiz failnya yang besar, format RAW memerlukan saiz simpanan data yang besar juga.
    Jika anda tidak pasti samada ingin merakam gambar dengan format JPEG atau RAW, anda juga boleh memilih untuk merakam gambar ke dalam 2 format serentak (kamera akan merakam dalam format JPEG dan RAW serentak) Anda boleh buat keputusan kemudiannya, samada ingin menggunakan gambar yang dirakam dalam format JPEG atau format RAW. Tetapi, cara ini akan menggunakan lebih banyak ruang simpanan di dalam memory card.
    Proses Compression
    Perbezaan aliran proses untuk rakaman fail JPEG, TIFF dan RAW yang berlaku di dalam kamera sebaik saja gambar dirakam. Kita dapat lihat, gambar akan mengalami banyak pengubahsuaian sebelum dirakam dalam format JPEG. Sebaliknya, gambar yang dirakam dalam format RAW tidak diubahsuai langsung di dalam kamera. Sebab itulah gambar dalam format RAW perlu diproses dan diubahsuai di dalam komputer kemudiannya. Format TIFF pula melalui proses yang sama seperti format JPEG, cuma ianya tidak dimampatkan (compressed) seperti format JPEG. Oleh itu, tidak ada data yang dibuang – kualiti gambar adalah lebih baik, tetapi saiz fail adalah lebih besar dari format JPEG

    APAKAH JENAMA KAMERA YANG TERBAIK?
     


    Ini mungkin satu soalan yang paling kerap ditanya oleh peminat fotografi yang baru menceburi bidang ini – “Apakah jenama kamera yang terbaik?” Sebenarnya, tidak ada satu jawapan yang tepat untuk soalan ini -  semuanya bergantung kepada keperluan dan citarasa setiap individu. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu bagi membantu anda mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.
    Logo Jenama Kamera

    Ada banyak jenama kamera di pasaran. Ada sesetengah jenama yang jarang didengari kerana mereka mengeluarkan kamera khas untuk golongan tertentu sahaja. Contohnya, jenama kamera Horseman dan Sinar mengkhusus dalam pembuatan View Camera dan kamera berkualiti tinggi yang hanya digunakan oleh segelintir jurufoto yang mengkhusus dalam bidang tertentu.

    Ada pula sesetengah jenama yang lebih dikenali sebagai pengeluar jenis kamera yang tertentu. Contohnya, jenama Leica lebih popular sebagai pengeluar kamera jenis Rangefinder (walaupun Leica turut mengeluarkan kamera compact dan DSLR) Jenama Hasselblad pula lebih dikenali sebagai pengeluar kamera Medium Format yang ulung. Kedua-dua jenama ini menghasilkan kamera berkualiti tinggi dan harga kamera mereka jauh lebih mahal dari kamera DSLR yang biasa kita gunakan.

    Jadi, dari segi kualiti gambar, kamera berjenama Hasselblad bolehlah dikatakan sebagai di antara beberapa kamera yang terbaik di dunia. Tetapi, ianya bukan kamera yang sesuai untuk semua orang kerana harganya yang sangat mahal dan kameranya lebih besar dan lebih berat dari kamera DSLR biasa. Walaupun kualitinya baik, tetapi kamera ini tidak semestinya menjadi pilihan terbaik untuk kebanyakan orang.
    Hasselblad 
    Kamera medium format jenama Hasselblad
    Untuk kamera jenis DSLR, antara jenama yang popular adalah – Nikon, Canon, Sony, Olympus dan Pentax. Sebenarnya, selain dari kualiti kamera itu sendiri, populariti jenama-jenama ini turut dipengaruhi oleh strategi pemasaran dan penjenamaan yang dibuat oleh mereka di sesuatu negara tertentu. Contohnya, ada sesetengah jenama kamera yang lebih popular di Jepun, tetapi kurang popular di Malaysia. Jenama yang popular tidak semestinya menghasilkan kamera yang terbaik. Namun, secara umumnya, adalah lebih ‘selamat’ untuk memilih kamera dari jenama yang popular dan ramai penggunanya.

    Setiap jenama meletakkan harga yang berbeza kepada peralatan mereka berbanding jenama lain. Peralatan yang berkualiti biasanya berharga lebih mahal. Selain dari itu, prestij sesuatu jenama biasanya akan turut mempengaruhi harga produk yang mereka jual.

    Selain memberi perhatian kepada kualiti sesuatu kamera, anda juga harus pertimbangkan mengenai kualiti perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan oleh jenama-jenama kamera ini. Adakah mudah untuk memperbaiki kamera yang rosak misalnya? Adakah perkhidmatan yang diberikan cepat dan berharga patut?

    Setiap syarikat atau jenama pengeluar kamera mempunyai misi dan visi mereka yang tersendiri. Ada jenama yang lebih maju dari segi teknologi, ada jenama yang lebih mengutamakan kualiti, ada jenama yang lebih cenderung membuat kamera bersaiz kecil dan sebagainya.

    Satu lagi perkara penting yang perlu anda ketahui ialah, setiap jenama kamera mempunyai sistemnya yang tersendiri yang tidak sama dengan sistem kamera dari jenama lain. Peralatan seperti kamera, lensa dan flash dari jenama tertentu majoritinya hanya boleh digunakan di kalangan jenama yang sama sahaja. Contohnya, kamera jenama Canon tidak boleh menggunakan lensa dari jenama Nikon (kecuali dengan pengubahsuaian khas) Malah, ada juga peralatan dari jenama yang sama tetapi tidak boleh digunakan untuk model yang berbeza. Jadi, adalah penting untuk anda pastikan setiap peralatan yang akan dibeli boleh digunakan dengan peralatan yang telah sedia ada. Isu keserasian peralatan ini lebih dikenali sebagai compatibility.

    Selain dari serasi dengan jenama yang sama, setiap kamera juga boleh berfungsi dengan peralatan dari jenama lain asalkan peralatan tersebut dibuat agar serasi dengannya. Jenama seperti Tokina, Tamron dan Sigma membuat berbagai lensa yang sesuai digunakan oleh kamera dari jenama lain. Syarikat ini dikenali sebagai third party lens maker. Biasanya harga lensa yang dibuat oleh syarikat third party berharga lebih murah dari lensa yang dibuat oleh jenama pembuat kamera yang asal. Cuma pastikan lensa third party yang ingin anda beli boleh digunakan untuk kamera anda.  

    Selain dari lensa yang dibuat oleh syarikat third party, ada juga syarikat third party yang mengeluarkan flash seperti dari jenama Metz dan Nissin yang serasi digunakan dengan kamera dari jenama Nikon, Canon dan sebagainya.
    Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kamera dari jenama tertentu, anda perlu fikirkan betul-betul secara keseluruhan dan mengambil kira penggunaan kamera tersebut dalam jangka masa panjang. Ini kerana, sebaik saja anda telah membeli kamera dari jenama tertentu, anda akan ‘terikat’ di dalam sistem kamera itu sahaja. Setiap lensa, flash dan aksesori yang akan dibeli selepas itu mestilah sesuai untuk jenama yang anda gunakan sahaja.

    Dalam jangka masa beberapa tahun, anda akan membeli berbagai lensa dan aksesori dari sistem yang sama. Jika pada satu ketika anda ingin menggunakan kamera dari jenama atau sistem lain, anda perlu menjual kesemua peralatan yang telah anda miliki. Ini akan menyebabkan kerugian dan anda juga terpaksa bermula sekali lagi - membeli lensa-lensa dan aksesori baru untuk jenama kamera yang baru anda beli. Penggunaan lebih dari satu sistem kamera dalam masa yang sama biasanya tidak digalakkan kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi.

    Satu lagi perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli kamera ialah – seeloknya anda membeli kamera yang sama jenama dengan kamera yang rakan anda gunakan. Ini akan memberi banyak kemudahan kepada anda dari segi perkongsian maklumat tentang sistem kamera tersebut. Malah, anda boleh bertukar-tukar lensa dan aksesori dengan rakan anda sekiranya keadaan memerlukan.

    Setelah anda membandingkan berbagai jenis kamera, anda mungkin akan berhadapan dengan situasi dimana anda perlu memilih satu diantara dua kamera dari berlainan jenama. Setelah membandingkan spesifikasi kedua-dua kamera tersebut, anda mungkin mendapati keduanya adalah hampir sama. Salah satu penyelesaian untuk masalah ini ialah, pilih saja kamera berdasarkan jenama yang anda minati atau pilih saja kamera yang anda suka berdasarkan rekabentuknya semata-mata. Keputusan di sini adalah lebih kepada citarasa anda terhadap imej luaran yang ditampilkan oleh rekabentuk kamera tersebut. Akhir sekali, faktor ini jugalah yang akan membuatkan anda rasa suka dan bangga dengan kamera anda.

    Persoalan mengenai jenama kamera terbaik memang sentiasa diutarakan terutamanya oleh peminat fotografi yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Hakikatnya, setiap jenama mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Pilihan adalah di tangan anda – buatlah keputusan berdasarkan keperluan, bajet dan citarasa anda sendiri. Apa pun jenama yang anda gunakan, kemahiran anda dalam fotografi jugalah yang akhirnya akan menentukan tahap kehebatan anda sebagai seorang jurufoto.




    MENGAPA DSLR?

    Kamera DSLR secara mudahnya dikenali umum sebagai kamera yang mempunyai berbagai kawalan untuk menghasilkan gambar yang cantik. Lensanya yang boleh ditukar juga menjadi salah satu daya tarikan untuk orang ramai menggunakannya. Dengan semua kelebihan yang ada, kamera ini menjadi bertambah popular lagi ketika ini disebabkan harganya yang semakin rendah.

    Kamera Nikon D800
    Fullframe 36MP

    Kamera jenis DSLR merupakan kamera yang serba boleh dan kamera yang paling popular di kalangan peminat fotografi. Tetapi, adakah ianya merupakan kamera yang paling sempurna?
    Majoriti peminat fotografi sekarang menggunakan kamera jenis DSLR. Malah, kamera DSLR ini juga telah digunakan secara meluas oleh orang awam walaupun bukan di kalangan peminat fotografi. Dengan perkembangan teknologi terkini, kamera DSLR telah dilengkapkan lagi dengan berbagai kawalan automatik yang bijak lantas semakin menarik minat orang ramai untuk memilikinya.
    Semakin luas sesuatu teknologi itu digunakan, harganya juga akan terus menurun. Harga kamera DSLR ini juga telah menjadi semakin murah disebabkan pengeluaran secara besar-besaran berikutan permintaan yang tinggi terhadap kamera jenis ini.

    DSLR Camera adalah ringkasan kepada digital single-lens reflex camera. Single-lens reflex menerangkan bahawa kamera ini berfungsi menggunakan single-lens (lensa tunggal) dan menggunakan kaedah reflex (pantulan) imej pada reflex mirror (cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan lima permukaan pembalikan) yang terdapat di dalam kamera DSLR. Cara operasi sebegini tidak terdapat pada kamera jenis lain.

    Kamera TLR
    Seperti yang telah dijelaskan, kamera DSLR menggunakan lensa tunggal atau satu lensa sahaja pada satu-satu masa untuk berfungsi. Ini berbeza dengan kamera jenis TLR (Twin-lens reflex) dimana sistem kamera TLR perlu menggunakan 2 lensa serentak untuk berfungsi. Satu lensa khas digunakan oleh jurufoto hanya untuk melihat dan satu lagi lensa khas digunakan hanya untuk merakam gambar.

    Kamera jenis TLR. Kamera jenis ini mempunyai 2 lensa di bahagian depan kamera. Satu lensa digunakan oleh jurufoto untuk melihat dan satu lensa lagi digunakan untuk merakam gambar.
    Penggunaan 2 lensa pada sistem kamera TLR ini memberikan masalah seperti parallax error dimana ketika rakaman jarak dekat, apa yang dirakam tidak sama seperti apa yang dilihat pada viewfinder (pemidang tilik – bahagian dimana jurufoto melihat imej yang dihasilkan oleh lensa kamera). Kamera jenis TLR juga mempunyai beberapa kelemahan lain berbanding kamera DSLR dimana jarang sekali kamera TLR ini dibuat dengan lensa yang boleh ditukar. Selain dari itu, imej yang dilihat pada viewfinder kamera TLR dipaparkan secara terbalik dari kiri ke kanan disebabkan tiada pentaprism digunakan sebagaimana yang terdapat pada kamera DSLR. Disebabkan oleh ciri-ciri ini dan beberapa kelemahan lain, kamera TLR tidak lagi popular dan semakin jarang digunakan ketika ini.
    Tiada kamera TLR versi digital dikeluarkan setakat ini – kamera jenis ini hanya terdapat dalam format analog menggunakan filem. Diantara jenama kamera jenis TLR ialah Rolleiflex, Mamiya dan Seagull. Ada diantara kamera TLR yang masih dikilangkan sehingga hari ini iaitu dari jenama Seagull buatan negara China dan kamera dari lain-lain jenama untuk tujuan Lomography. Untuk rekod, kamera jenis TLR ini telah mula diperkenalkan seawal tahun 1870an sebagai penambahbaikan kepada jenis kamera sebelumnya iaitu view camera.

    View Camera

    View Camera. Salah satu kelebihan kamera ini ialah, kedudukan lensa (lens plane) dan bahagian belakang kamera (film plane) boleh diubah-ubah untuk membolehkan kawalan terperinci terhadap perspektif dan depth-of-field.
    View camera adalah satu jenis kamera yang paling awal diciptakan. Kamera ini telah mula digunakan sejak tahun 1830an dan ianya beroperasi dengan cara yang paling asas. Lensa akan menghasilkan imej pada ground glass (kaca pudar) yang terletak di bahagian belakang kamera. Jurufoto akan melihat imej yang dipaparkan pada ground glass dimana imej yang dilihat ini adalah dalam keadaan terbalik dan agak gelap tidak seperti kamera DSLR. Ini merupakan salah satu kelemahan besar untuk kamera jenis ini.

    Kelebihan view camera ialah, jenis kamera ini boleh memberikan kualiti foto yang sangat baik dari segi resolusi gambar berikutan saiz filem yang digunakan adalah besar. Biasanya, filem yang digunakan adalah berukuran 4X5 inci atau 8X10 inci. Filem yang bersaiz sebegini dikategorikan sebagai filem large format (format besar).
    Sebagai perbandingan, format 8X10 inci ini adalah 30 kali ganda lebih besar dari saiz sensor kamera DSLR 35mm full frame (saiz sensor 24X36mm) Jadi jika anda rasa kamera DSLR 35mm full frame menghasilkan foto yang sangat berkualiti, bayangkan betapa hebatnya kualiti foto yang mampu dihasilkan oleh format 4X5 inci atau 8X10 inci!

    Selain dari itu, kelebihan unik kamera jenis ini ialah kebolehannya untuk mengawal perspektif dan depth-of-field (medan ketajaman) dengan lebih baik berbanding kamera DSLR. Kebolehan ini amat berguna untuk rakaman foto seperti produk, senibina dan pemandangan. Kelemahan kamera ini pula adalah disebabkan saiznya yang besar, berat dan sukar untuk dikendalikan.
    Disebabkan ciri-ciri yang disebutkan tadi, kamera ini lebih sesuai digunakan di dalam studio untuk kerja rakaman fotografi pengiklanan dan lain-lain tugasan yang memerlukan hasil resolusi foto yang tinggi, tetapi tidak memerlukan kecepatan untuk merakam gambar. Selain dari itu, kamera ini juga adakalanya digunakan juga untuk merakam foto pemandangan dan senibina di lokasi luar untuk mendapatkan resolusi, kawalan perspektif dan kawalan depth-of-field yang terbaik.
    Kamera jenis ini masih dikeluarkan dan digunakan sehingga kini, tetapi populariti penggunaannya meleset teruk beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kamera jenis ini tidak berupaya menawarkan kemudahan digital yang sempurna. Antara jenama yang mengeluarkan view camera ialah Sinar, Horseman dan Linhof.

    Nyata sekali, view camera bukanlah kamera yang paling popular. Tidak seperti kamera DSLR. Satu lagi fakta penting yang perlu diketahui – sebelum adanya teknologi digital, kamera jenis DSLR sebenarnya telah lama wujud tetapi dikenali dengan nama SLR sahaja suatu ketika dahulu tanpa huruf ‘D’ (digital) dihadapannya kerana kamera SLR pada masa itu beroperasi secara analog menggunakan filem. Kamera SLR mula popular sekitar tahun 60an sebagai pembaharuan kepada jenis kamera sebelumnya iaitu kamera jenis rangefinder.

    Kamera Rangefinder

    Kamera Rangefinder. Lensa pada kamera ini digunakan hanya untuk merakam gambar. Lensa ini tidak digunakan oleh jurufoto untuk melihat imej yang akan dirakam, sebaliknya jurufoto melihat melalui ‘tingkap’ empat segi di bahagian kanan kamera. ‘Tingkap’ empat segi yang lebih kecil di bahagian kiri kamera membantu untuk memberikan fokus yang tepat. ‘Tingkap’ di bahagian tengah pula berfungsi untuk memberikan cahaya kepada mekanisma rangefinder.
    Kamera jenis rangefinder dicipta pada sekitar tahun 1900 dan terus digunakan dengan semakin meluas sehinggalah ke sekitar tahun 70an apabila populariti kamera ini diambil alih oleh kamera yang lebih serba boleh iaitu kamera jenis SLR.
    Tidak seperti kamera SLR atau DSLR, apabila menggunakan kamera rangefinder, jurufoto tidak melihat melalui lensa yang merakam gambar, tetapi jurufoto melihat imej yang masuk melalui bahagian lain. Oleh sebab itu, masalah parallax error boleh berlaku kepada kamera rangefinder. Disebabkan sistem rangefinder itu sendiri, kamera jenis ini mempunyai pilihan lensa yang terbatas. Sistem kamera ini tidak memungkinkan penggunaan lensa zoom dan lensa makro secara sempurna. Kemampuan lensa telephoto (untuk pembesaran imej bagi subjek yang berada jauh dari kamera) juga adalah terbatas.
    Namun, kamera rangefinder mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh kamera DSLR. Kamera rangefinder bersaiz lebih kecil dan ringan. Disebabkan ciri ini, ianya amat digemari oleh sesetengah jurufoto untuk travel photography (fotografi pengembaraan) dan jurufoto dalam bidang street photography (fotografi yang mendokumentarikan kehidupan di tempat awam). Tidak seperti kamera DSLR, rekabentuk kamera rangefinder adalah lebih ringkas. Ini bermakna, kamera ini tidak begitu menonjol dimana ianya tidak akan menarik perhatian orang ramai kepada jurufoto yang sedang merakam gambar. Dalam travel photography dan street photography terutamanya, jurufoto memang tidak mahu kehadirannya disedari.

    Selain dari itu, kamera rangefinder mampu memberikan reaksi yang lebih pantas diantara detik kita menekan punat merakam foto dan detik imej dirakam. Ini juga disebut sebagai shutter lag yang lebih minima; berbanding kamera DSLR.
    Walaupun tidak sepopular ketika zaman kegemilangannya, kamera rangefinder nampaknya masih relevan untuk zaman ini bagi sesetengah jurufoto untuk tujuan tertentu. Model baru kamera jenis ini masih terus dikeluarkan oleh pengeluar dari jenama Leica dalam format digital manakala Voigtlander dan Zeiss Ikon masih mengeluarkan kamera jenis rangefinder analog yang menggunakan filem.

    Compact Camera

    Selain dari kamera rangefinder, kamera yang bersaiz kecil dan ringan juga boleh didapati melalui satu lagi jenis kamera, iaitu kamera yang dinamakan compact camera. Kamera jenis ini sering juga dinamakan sebagai pocket camera atau point-and-shoot camera. Namun, secara umumnya, kamera jenis ini tidak dapat menandingi kualiti yang dapat diberikan oleh kamera jenis rangefinder.

    Compact camera juga tidak mempunyai beberapa ciri penting yang diperlukan oleh jurufoto profesional kerana ianya beroperasi dengan cara yang lebih ringkas. Lensanya tidak boleh ditukar. Hasil foto yang dihasilkan juga tidak begitu berkualiti disebabkan saiz sensornya yang kecil, shutter lag yang lebih ketara dan beberapa faktor lain. Kamera ini juga tidak membolehkan pengendalian yang pantas seperti yang boleh dilakukan oleh kamera DSLR atau kamera rangefinder. Disebabkan faktor kualiti dan kepantasan pengendalian ini, kamera jenis ini tidak sesuai digunakan untuk tugasan fotografi profesional.

    High-End Compact Camera


    Namun, ada juga kamera compact yang dihasilkan dengan ciri-ciri yang lebih profesional dan lebih bagus dari kamera compact biasa. Ianya dikategorikan sebagai high-end compact camera atau professional compact camera. Kamera jenis ini mempunyai berbagai kawalan tambahan yang membolehkan jurufoto membuat kawalan secara manual dan kawalan yang lebih terperinci.

    Antara model kamera dalam kategori ini ialah kamera seperti Canon G12, Nikon P7000, Leica D-Lux 5 dan banyak lagi. Kamera sebegini digemari oleh peminat fotografi dan jurufoto profesional yang ingin merakam foto tertentu sekiranya kualiti ketajaman dan resolusi bukan menjadi keutamaan. Kamera compact menjadi pilihan berbanding kamera DSLR apabila saiz yang kecil dan berat yang minima diperlukan. Kamera compact juga menjadi pilihan berbanding kamera rangefinder apabila faktor harga rendah menjadi keutamaan.Kelebihan utama kamera compact ialah kerana ianya ringan dan saiznya adalah kecil berbanding kamera DSLR. Tetapi, kamera compact mempunyai kelemahan dimana lensanya tidak boleh ditukar dan saiz sensornya adalah kecil. Pilihan terbaik yang ada ialah kamera DSLR – lensa boleh ditukar dan saiz sensor yang lebih besar. Tetapi kamera DSLR adalah terlalu berat dan terlalu besar untuk sesetengah orang atau untuk situasi tertentu.

    Mirrorless Interchangeable-lens Camera (MILC)

    Sebagai penyelesaian kepada masalah yang disebutkan tadi, maka lahirlah satu lagi jenis kamera yang terbaru iaitu kamera jenis mirrorless interchangeable-lens camera atau ringkasannya MILC. Kamera jenis ini mempunyai ciri kamera compact dan kamera DSLR yang digabungkan. Saiznya lebih kecil dan lebih ringan dari kamera DSLR, tetapi lensanya boleh ditukar dan sensornya lebih besar dari sensor kamera compact.

    Kamera MILC mempunyai lensa yang boleh ditukar seperti kamera DSLR, tetapi tidak mempunyai reflex mirror dan pentaprism. Oleh itu, kamera ini boleh dibina dengan lebih nipis, lebih kecil, lebih ringan dan lebih murah berbanding kamera DSLR. Disebabkan tiada reflex mirror dan pentaprism, kamera ini tidak mempunyai optical viewfinder tetapi hanya mempunyai electronic viewfinder (EVF) sahaja dimana imej dipaparkan melalui skrin LCD. Diantara jenama dan model kamera jenis MILC adalah Olympus PEN E-PL2, Panasonic Lumix DMC-GF2 dan lain-lain lagi.

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, kamera DSLR memanglah kamera yang serba boleh dan canggih secara keseluruhannya jika dibandingkan dengan kamera jenis lain. Oleh sebab itulah ia telah menjadi kamera yang paling popular dikalangan peminat fotografi dan jurufoto profesional. Tetapi, kita juga telah fahami bahawa kamera DSLR bukanlah kamera yang paling baik atau kamera yang paling sempurna. Setiap kamera mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Diharap, dengan memahami perkara ini, anda dapat membuat pilihan terbaik tentang jenis kamera yang paling sesuai untuk keperluan anda selepas ini.